Friday, September 3, 2010

Pandangan

Setiap hari bila aku log in Facebook, mesti ada post yang mengutuk orang lain. Antara post yang aku paling tak suka ialah perempuan yg mengutuk lelaki, mereka kata lelaki penipu, hati mereka menjadi mainan atau macam-macam lagi. Ia adalah tidak mengapa jika kutukan itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri, tetapi kutukan tu lebih kepada dengar cerita dari orang lain dan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang terjadi kepada rakan2 mereka walaupun ia adalah cerita yang samar-samar. Kutukan yg berupa pandangan yang samar-samar atau keliru adalah sesuatu yg memalukan jika ia adalah tidak benar.

Semasa aku belajar kat sekolah SBPIS dulu, aku mengambil subjek Lukisan kejuruteraan. Apa yg aku hendak cakapkan ialah, pandangan kepada sesuatu objek dari sudut yg berlainan memberi imej yg berlainan. Jika Pandangan kepada objek dari belakang dan dari sudut yg berlainan maka akan memberi imej 2D yg berlainan kepada pemerhati.


Pandangan dari beza tempat memberi imej yang berlainan. Bukan kah ia memalukan jika pemerhati A mengatakan imej pemerhati B mempunyai imej yg berlainan seperti yg diimejkan pemerhati B. Adalah lebih baik Pemerhati A memahami kedudukan pemerhati B.

Seperti yang dicakapkan di atas, pihak perempuan yg suke mengatakan semua lelaki penipu atau semua lelaki memainkan hati wanita sepatutnya membetul kan kata-kata mereka atau lebih baik tidak mengutuk pihak lain jika mereka tidak memahami kedudukan atau situasi pihak lain.




Saturday, April 24, 2010

otak








Ini adalah post pertama aku dan harap ia tidak membosankan.

Setiap hari aku akan menyebut perkataan 'otak ko !!' dalam kehidupan seharian aku samada aku marah, geram, bergurau atau pelbagai situasi. Macam mane pon, kat blog ni bukan nak cakap pasal 'otak ko !!' atau otak-otak yang jual dekat kat kedai makan tapi aku nak menceritakan tentang otak mengikut pendapat aku.

Otak yang aku maksudkan ialah cara berfikir, gaya atau karakter seseorang. Sepanjang kita hidup ni, kite selalu jumpe orang yang mempunyai gaya atau karakter yang same macam kenalan kite. Gaya yang aku maksudkan ialah gaya berjalan, makan, bercakap dan sebagainya. Karakter yang aku maksudkan ialah riak muka.

Mengikut pendapat aku, meraka ni mengalama situasi atau cara kehidupan yg hampir sama. Jadi aku definisikan mereka ni mempunyai corak otak yg hampir sama. Cuba bandingkan contengan aku dekat bawah.
Corak otak si A



Corak otak si B.

Contengan di atas ialah gambaran bagi corak otak yang aku maksudkan. Kedua-dua corak berbeza tetapi mempunyai bahagian yang sama. Corak bahagian yang sama menyebabkan gaya atau karakter seseorang sama.

Sampai sini je post aku kali ni.